Latar belakang Cakera_liut

Cakera liut, juga dikenali sebagai floppy atau disket (nama yang dipilih agar menyerupai perkataan "kaset"), adalah biasa pada 1980-an dan 1990-an, digunakan oleh komputer peribadi dan komputer rumah ("PC") seperti Apple II, Macintosh, Commodore 64, Amiga, dan IBM PC untuk mengedar perisian, memindahkan data antara komputer, dan menyimpan salinan (backup) kecil. Sebelum cakera keras menjadi popular bagi komputer peribadi, cakera liut seringkali menjadi pilihan bagi menyimpan sistem operasi komputer, perisian aplikasi, dan data lain. Banyak komputer rumah mempunyai OS utama (kernel (sains komputer)) disimpan secara kekal dalam cip ROM (on-board), tetapi menyimpan sistem operasi cakera dalam cakera liut, sama ada ia sistem proprietari, CP/M, atau kemudiannya, DOS.

Pada awal 1990-an, saiz perisian yang semakin meningkat bererti kebanyakan perisian diedarkan melalui set cakera liut. Pada akhir 1990-an, pengedaran perisian beransur-ansur ditukar kepada CD-ROM, dan format sokongan isipadu lebih tinggi (higher-density) diperkenalkan (contohnya, pemacu Zip) Iomega. Dengan ketibaan capaian Internet umum, Ethernet murah, dan pemacu USB, cakera liut tidak lagi diperlukan bagi pemindahan data lagi, dan cakera liut digantikan. Salinan pukal (mass backups) kini dilakukan kepada pita bermagnet (magnetic tape) seperti DAT atau streamer, atau ditulis kepada cakera padat (compact disc) - CD atau DVD. Salah satu cubaan yang gagal (di pasaran) pada akhir 1990-an untuk meneruskan cakera liut ialah SuperDisk (LS120) dengan kapasiti 120 MB sementara pemacu serasi mundur dengan cakera liut 3½-inci piawaian.

Bagaimanapun, pengilang keberatan untuk menyingkir pemacu cakera daripada PC mereka, untuk keserasian mundur, dan kerana kebanyakan jabatan teknologi maklumat syarikat menghargai mekanisma pemindahan fail dalaman yang sentiasa berfungsi dan tidak memerlukan pemacu peranti (device driver) untuk berfungsi. Syarikat Komputer Apple merupakan pengilang komputer secara pukal yang pertama meninggalkan pemandu cakera daripada model komputer sepenuhnya, dengan penngeluaran model iMac pada 1998, manakala Dell meletakkan pemandu cakera liut sebagai pilihan dan model mereka bermula 2003. Walau bagaimanapun, sehingga kini cakera liut masih lagi menjadi peranti utama untuk menyimpan dan bertukar data.

Terdapat juga pemacu cakera liut yang berdasarkan USB untuk komputer yang tidak mempunyai pemacu cakera liut, dan ia berfungsi di mana-mana mesin komputer yang menyokong USB.

Cakera liut dirujuk secara universal di dalam ukuran imperial (imperial measurement), walaupun di negara yang menggunakan sistem metrik [Nota: Di dalam rencana ini, penggunaan "KB" merujuk kepada "KiloBait" (1,024 Bait).]

Rujukan

WikiPedia: Cakera_liut http://www.computerhope.com/help/floppy.htm http://www.fujifilmmediasource.com/specs/floppyfla... http://computer.howstuffworks.com/floppy-disk-driv... http://iatservices.missouri.edu/techknowledge/03-2... http://homepages.tesco.net/~J.deBoynePollard/FGA/1... http://homepages.tesco.net/~J.deBoynePollard/FGA/f... http://apple2history.org/history/ah05.html http://www.ncits.org/Archive/2000/n751_775.htm http://slashdot.org/comments.pl?sid=120874 http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/2905953.stm